MAKALAH TAMADUN MELAYU ISLAM



BAB II
PEMBAHASAN
A.  Islam dan Pengaruhnya
Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memberi pengaruh yang besar.
Prof S.M. Naquib al-Attas: “Islam telah bawa ‘zaman baru’ di nusantara, berjaya mengubah “jiwa dan wajah” Alam Melayu”.
Aspek perubahan:
    AGAMA / KEPERCAYAAN
a.    Kepercayaan tahyul dan khurafat iaitu kepercayaan animisme, dinamisme, dan penyembahan nenek moyang atau hyang serta kepercayaan Hindu-Buddha digantikan dengan akidah tauhid.
b.    Islam telah hapuskan kepercayaan sinkritime Hindu-Buddha-Hyang
c.    Golongan yang mainkan peranan ialah ahli sufi dan para mubaligh
d.    Agama Islam menjadi agama resmi
e.    Kekuatan pegangan agama telah timbulkan semangat jihad menentang penjajah.
    SOSIAL DAN BUDAYA
a.    Budaya, cara hidup dan pemikiran turut mempengaruhi Alam Melayu. Kepercayaan kepada kakuasaan Allh telah beri setiap individu harga diri kerana tiada perbezaan antara sesame manusia di sisi Allah kecuali taqwa.
b.    Pengaruh akidah, syariah dan akhlak memberi kesan dalam kehidupan.
c.    Berlaku asimilasi antara ajaran Islam dan budaya setempat.
d.    Islamisasi berlaku secara beransur-ansur tanpa pertentangan terbuka.
    EKONOMI
a.    Berlandaskan hukum syarak – seperti konsep halal haram.
b.    Kegiatan perdagangan diteruskan.
c.    Segala tindak lanjut bukan sahaja dikawal oleh keikhlasan hati sahaja tetapi juga undang-undang negara seperti Risalah Hukum Kanun dan Undang-undang Laut Melaka.
    POLITIK DAN PERHUBUNGAN
a.    Pengislaman raja-raja membawa arus perubahan dalam sosio-politik.
b.    Tertubuhnya kerajaan Melayu-Islam pertama di Alam Melayu Ta-Shih di Sumatera 674M. kemudian Perlak, Samudera-Pasai, Sribuza Islam, Champa, Melaka, Acheh, dll.
c.    Sistem kesultanan berbeza dengan sebelumnya sistem pemerintahan beraja – konsep dewaraja dihapuskan. Islam telah berjaya memanusiakan raja-raja yang dianggap dewa sebelum ini.
d.    Begitu juga Islam telah membawa transformasi nilai dan etika pemerintahan kepada raja-raja contohnya terdapat karya ketatanegaraan yang menunjukkan dengan jelas pemikiran Islam dalam politik Islam di Alam Melayu seperti kitab Tajul Salatin karya Bukhari al-Jauhari. Kitab ini memperincikan tatasusila serta kod etika yang harus dipakai raja-raja seperti harus bersifat adil, amanah, dsb.
e.    Watak dan peribadi sultan pun berubah kepada seorang yang cintakan ilmu serta mendampingi ulama seperti Sultan Malik Zahir di Pasai, Sultan Mansur Shah di Melaka, Siltan Mahkota alam di Acheh, dll.
f.     Kerajaan-kerajaan Melayu Islam ini memainkan peranan penting sebagai pusat tamadun.
g.    Sistem pemerintahan kerajaan Uthmaniyah di Turki menjadi contoh dalam pentadbiran iaitu:
1.    Sultan sebagai ketua negara.
2.    Mufti atau alim ulama sebagai penasihat.















BAB III
KESIMPULAN
1.    tamadun yang berasal dari kata Arab “maddana” yang berarti peradaban, dapat diartikan sebagai keadaan atau kondisi kehidupan bermasyarakat yang bertambah maju.
2.    Penagaruh islam di tanah melayu adalah sbb:
-      Agama/kepercayaan
-      Social kebudayaan
-      ekonomi
-      politik dan perhubungan
3.    Prof S.M. Naquib al-Attas: “Islam telah bawa ‘zaman baru’ di nusantara, berjaya mengubah “jiwa dan wajah” Alam Melayu”.
4.    Pusat-pusat kerajaan melayu
-      Perlak
Kerajaan Melayu Islam pertama ditubuhkan – 840M. Islam disebarkan di sini sekitar abad ke-9 M, dikatakan hasil usaha Nakhoda Khalifah (ulama aliran Syiah).
-      Samudera-Pasai (1042M – 1450M)
Terima Islam sekitar abad ke-13M. dan berperan:
1).    melahirkan institusi pendidikan yang dinamakan Dayah.
2).    melahirkan tulisan jawi
3).    menjadi pusat perkambangan bahasa Melayu menerusi tulisan jawi menggantikan tulisan jawa kuno.
4).    menjadi pusat perdagangan.
-      Aceh
Lokasi – di Samudera utara. Sebelum Islam – rakyat dipengaruhi agama hindu dan Buddha, kepercayaan animisme dan nenek moyang. Percaya hantu dan tempat yang dianggap sakti yang kemudiannya dipuja. Menerima Islam 1204M tetapi mencapai kegemilangannya pada abad ke-16M. Zaman kegemilangan – pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.

DAFTAR PUSTAKA
http://pusatriset.ui.ac.id/pusatriset/?page_id=72
http://hashim81.blogspot.com/2012/08/pengaruh-dan-kesan-tamadun-islam-dalam.html
http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/konsep-latar-belakang-dan pandangan.html
1. Ustaz Abd Aziz bin Harjin
2. Azhar Mad Aros et. al. (2000), TITAS 2, Shah Alam: Fajar Bakti, hal. 254
3. Abdul Rahman Haji Abdullah (1984), Sejarah dan Pemikiran Islam, Damansara Utama: Penerbit Pena, hal. 320
4. http://img710.imageshack.us/img710/7861/pinkkg.png
5. http://www.tamadunmelayu.info/search?updated-min=2012
http://udaxaldobry.blogspot.co.id/2015/11/makalah-tamadun-melayu.html
https://fathurrohmanpaif.wordpress.com/2014/11/17/makalah-islam-tamadun-melayu/

Halaman selanjutnya  HAL...1   HAL...2   HAL...3    HAL...4

Loading...


EmoticonEmoticon